Selayang Pandang Sejarah Ringkas Asal usul nama Kampung Sri Paya adalah dari segi bentuk mukabuminya sendiri yang pada asal pembukaannya adalah merupakan satu kawasan paya. Struktur Geografi Kampung Sri Paya terletak di kawasan mukim Sedenak di daerah Kulai, Johor Darul Takzim. Jaraknya dari bandar Kulai adalah kira-kira 14km dengan tempoh masa perjalanan 10 minit. Untuk datang ke kampung ini, pengunjung boleh melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar melalui Plaza Tol Kulai. Dari tol tersebut, pengunjung bolehlah meneruskan perjalanan sebelum membelok ke kiri masuk ke Jalan Johor Bahru - Air Hitam. Jumlah keluasan Kampung Sri Paya adalah kira-kira 10km di mana terdapat sebatang sungai yang merentangi kampung ini iaitu Sungai Pontian Kechil. Warga Kampung Jumlah keseluruhan penduduk Kampung Sri Paya adalah seramai 1500 orang. Daripada jumlah tersebut 95% adalah golongan bumiputera manakala yang selebihnya adalah daripada kaum Cina, India dan warga asing.
|